KEPENTINGAN ANIMASI
DALAM MULTIMEDIA
Keperluan untuk menggabungkan animasi dalam pembangunan sesebuah
program atau perisian multimedia bukan sahaja timbul daripada keinginan untuk
menambahkan “uumph” dalam aplikasi tersebut, tetapi juga untuk menyediakan
visual yang lebih dinamik kepada penonton. Dalam aspek multimedia, animasi
merupakan salah satu elemen yang mampu meningkatkan lagi daya tarikan sesebuah
program atau perisian multimedia. Walau bagaimanapun, keputusan untuk
menggunakan animasi adalah berdasarkan kepada nilai estetik yang ada padanya
dan juga kepentingan animasi yang kian meningkat pada masa kini.
Terdapat perbezaan di antara penggunaan klip video digital dan
animasi. Klip video (capture) aksi pergerakan sebenar. Manakala animasi yang
dihasilkan adalah sekadar simulasi terhadap pengalaman dunia sebenar. Fail
video digital hanya digunakan sekiranya ia ternyata memberi kelebihan kepada
keseluruhan persembahan tersebut.Kini, animasi berkomputer berkembang dengan
pesat dari masa ke semasa.Dengan harga komputer dan perisian yang semakin
rendah serta keupayaan system computer yang semakin tinggi telah menjanjikan
perkembangan teknologi animasi terus maju. Animasi menjadikan seseorang itu
kreatif memandangkan perisiannya mesra pengguna, dan ruang cakera keras boleh
ditambah untuk menampung sebarang kekurangan. Ini menjadikan penghasilan
animasi lebih mudah dan hanya dibatasi oleh tahap kekreatifan seseorang.
Sekiranya di Barat, teknologi animasi berkomputer telah mula
bertapak dengan penghasilan filem-filem animasi seperti Who Framed Roger
Rabbit, Antz, dan Toy’s Story. Di Malaysia pula, teknologi animasi berkomputer
mula mendapat perhatian dengan kemunculan beberapa kartun animasi tempatan,
sepertu usop Santorian, Keluang Man, Anak-anak Sidek, Silat Lagenda, dan
sebagainya. Walaupun kartun animasi tempatan ini terdapat banyak kelemahan,
tetapi sedikit sebanyak usaha ini telah berjaya membawa sesuatu pembaharuan
dalam industri perfileman Negara.
·
Paparan susunan imej-imej seni 2D atau posisi model
agar menghasilkan ilusi
gerakan.
·
Kaedah persembahan animasi yang
paling laris ialah program wayang gambar
atau video.
· Animasi merujuk kepada paparan visual
yang bersifat dinamik.
· Ia juga suatu proses menjadikan objek kelihatan hidup atau gambaran bergerak tetapi
pada asalnya statik.
· Animasi mampu menzahirkan sesuatu fantasi manusia ke alam realiti.
· Dengan menggunakan animasi kita boleh menerangkan sesuatu yang sukar
menggunakan perkataan disampaikan dengan lebih mudah dan berkesan.
· Dengan menggunakan animasi juga dapat menceriakan proses penyampaian.
· Sesuatu yang disampaikan kelihatan lebih hidup atau realistik berbanding
menggunakan teks.
· Animasi mampu memberi penegasan bagi membolehkan penonton fokus pada isi
kandungan yang ingin disampaikan.
· Web sangat sesuai dalam penggunaan animasi.
· Penggunaan animasi boleh juga dalam bentuk video.
· Animasi membantu meningkatkan kualiti P&P.
· Animasi digital mampu menyampaikan mesej dengan lebih pantas.
Kepentingan /kelebihan animasi
- Mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga
dinamik.
- Proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu yang kompleks akan
lebih mudah untuk dipetakan ke dalam minda pelajar.
- Boleh membantu dalam proses pemahaman.
No comments:
Post a Comment