Sunday 27 April 2014

MULTIMEDIA GRAFIK

APA ITU MULTIMEDIA?

Multimedia adalah hasil daripada gabungan pelbagai media, yang biasanya merujuk kepada gabungan unsur-unsur seperti teks, gambar/imej, warna, bunyi, animasi dan video. Impaknya dapat dilihat menerusi penggunaan elemen-elemen tersebut dalam merealisasikan sesuatu penerbitan multimedia seperti dalam satu taklimat atau penyampaian sesuatu bahan dan maklumat yang berpaksikan komputer. Keupayaan multimedia telah dapat ditingkatkan dengan unsur-unsur berteknologi tinggi serta sistem komunikasi yang canggih.

Terdapat 5 elemen dalam sistem multimedia yang lengkap iaitu:
•Teks
•Grafik
•Audio
•Video
•Animasi

Teks 
Merupakan elemen asas bagi menyampaikan maklumat. Memberi penekanan bagi sesuatu isi kandungan yang ingin disampaikan. Mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan yang berupaya memberi daya tarikan dalam penyampaian maklumat.

Grafik
Merupakan elemen paling penting. Memberi penekanan secara visual terhadap sesuatu persembahan maklumat. Membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan. Menjadikan persembahan atau penyampaian maklumat lebih menarik.

Audio
Membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan. Berupaya meningkatkan daya tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.

Video
Menyediakan kaedah penyaluran maklumat yang amat menarik dan hidup. Merupakan elemen atau media yang paling dinamik serta efektif dalam menyampaikan sesuatu maklumat. Sebagai satu sumber penyimpanan maklumat dan sumber rujukan yang berkesan.

Animasi
Berperanan menceriakan persembahan sesuatu maklumat. Membantu menerangkan satu konsep yang kompleks dengan lebih mudah dan berupaya menarik perhatian pengguna kepada sesuatu persembahan.




APA ITU FAIL GIF, JPG DAN PERBEZAANNYA
GIF (sebutannya “Jiff”) adalah singkatan dari perkataan Graphic Interchange Format. Fail ini terbentuk dengan sokongan dari imej berwarna dan pemadatan data (lossless compression).

JPG (sebutannya “Jay-Peg”) adalah singkatan dari perkataan Joint Photographic Experts Group. Fail imej ini memberi sokongan lebih banyak warna dan lebih pemadatan data (lossless compression) berbanding fail GIF. Dunia internet selalunya menggunakan 2 jenis fail iatu GIF dan JPG. Kedua-duanya digunakan kerana ia menjimatkan saiz fail. Grafik pada kedua-dua fail ini disimpan dengan cara yang berbeza. Oleh itu ianya digunakan untuk penyimpanan grafik yang berbeza bentuk.

Fail JPG
Fail JPG digunakan dalam format yang dipanggil ‘lossy’. Ia bermaksud sebahagian maklumat yang hendak disimpan dalam format JPG untuk menghasilkan grafik akan hilang. Grafik yang disimpan di dalam bentuk JPG tidak akan menyerupai imej asal disebabkan oleh format ‘lossy’. Maklumat yang hilang akibat penghasilan fail JPG selalunya tidak menjejaskan imej tersebut kerana ia mempunyai lebih dari 256 warna.

Fail JPG bagus digunakan untuk grafik yang komplek dan mempunyai lebih daripada 256 warna. Contoh, foto selalunya disimpan di dalam format JPG. Jika kita ingin mengedit fail dalam format JPG, sebaik-baiknya kita simpan dan edit dahulu fail berkenaan dalam format fail PCX, BMP atau PNG. Akhir sekali barulah disimpan dalam format JPG. Ini adalah kerana jika diedit terus dalam format JPG, kualiti warna akan semakin berkurangan setiap kali fail disimpan.

Fail GIF
Fail GIF digunakan dalam format yang dipanggil ‘lossless’. Semua maklumat yang diperlukan untuk menghasilkan grafik yang akan disimpan di dalam fail GIF tidak boleh melebihi 256 warna. GIF adalah format terbaik untuk imej yang warnanya kurang daripada 256. Sesetengah imej atau foto masih cantik walaupun dikurangkan kepada 256 warna dengan menggunakan format GIF. Walaubagaimana pun untuk imej yang mempunyai lebih dari 256 warna, adalah disyorkan disimpan di dalam format JPG bagi mengekalkan keaslian imej tersebut.


AUTHORING TOOL

Authoring tool atau dikenali juga sebagai authoware, merupakan tool yang sering digunakan untuk membuat hypertext ataupun aplikasi multimedia. Pada kebiasaannya authoring tool membolehkan pengguna menghasilkan aplikasi akhir dengan menggabungkan objek dan media seperti teks, grafik, animasi, video ataupun audio. Dengan penggabungan media-media ini dan hubungkaitnya di antara satu sama lain, pengguna boleh menghasilkan aplikasi grafik ataupun multimedia yang lebih menarik, interaktif dan pelbagai. Kebanyakan authoring tools kini boleh menggunakan script language untuk menjadikan aplikasi multimedia yang dihasilkan lebih menarik dan sofistikated.

Terdapat perbezaan di antara authoring tools dan programming tools, tetapi yang paling ketara ialah authoring tools kurang memerlukan pengetahuan teknikal untuk menguasainya. Kebiasaannya authoring tools memerlukan pemikiran yang kreatif
manakala programming tools memerlukan pemikiran logik. Authoring tools dibangunkan khas untuk kegunaan aplikasi gabungan seperti teks, grafik, animasi, video dan data audio.

- Digunakan untuk edit grafik dan imej digital.
- Digunakan untuk memanipulasi grafik
- Mempunyai ciri layer supaya setiap objek yang dihasilkan berasingan.
- Gambar yang diedit lebih menarik dan mempunyai tools yang mudah digunakan.

Ciri-ciri/kelebihan:
a) Grafik dan imej
b) Audio
- Digunakan untuk memanipulasi audio.
- Digunakan sebagai digital audio editor.
- Digunakan untuk memanipulasi dan memproses audio
- Boleh menggabungkan audio-audio yang telah diedit.
- Boleh guna pelbagai format audio seperti WAV, MP3

c) Video
- Digunakan untuk edit (cut, paste, delete) video.
- Boleh menggabungkan video-video yang telah diedit.
- Audio dan animasi 2D boleh dimasukkan berasingan.
- Mempunyai ciri layer.
- Perisian: Macromedia Flash
- Boleh menggabungkan grafik, animasi 2D dan audio.
- Hasil akhir boleh dihasilkan dalam format exe.
- Menggunakan ciri frame dan layer.
- Animasi 2D yang dihasilkan lebih menarik.

d) Animasi 2D
- Perisian: 3D Studio Max
- Digunakan untuk menghasilkan animasi atau objek dalam bentuk 3D.
- Boleh membuat animasi 3D yang komplek dan menyamai seperti di dunia sebenar.
- Digunakan untuk modeling, match moving dan character.
- Perisian: Adobe Premiere

Ciri-ciri/kelebihan:
e) Animasi 3D
- Digunakan untuk memanipulasi video.
- Perisian: Adobe Photoshop
- Perisian: Sound Forge

Contoh-Contoh Authoring Tools
Ciri-ciri/kelebihan:
Iaitu perhubungan oleh dua dan lebih entiti dari lokasi yang berbeza.

Selain VC, teknologi perhubungan juga memperkenalkan web conferencing dan teleconferencing. Iaitu perhubungan oleh 2 entiti, juga dikenali dengan desktop conferencing. Setiap entiti perlu mempunyai peralatan VC masing-masing.

2 comments:

  1. ᐈ Casinos where you can play casino site for real money
    Here at ChoE Casino, we want to show 카지노 you the best Casino Sites where 온카지노 you can play for real money on Mobile deccasino & Desktop. We are committed to responsible gambling

    ReplyDelete