i.
Alat kemahiran yang memberi sokongan kepada murid, guru.
ii.
Sebagai media yang mampu menghasilkan seni digital
bermutu tinggi dalam komunikasi visual
iii.
Mampu meningkatkan proses keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni
iv.
Sebagai satu tarikan serta penyelesaian masalah seni reka
di dalam pendekatan P&P Pendidikan Seni
v.
Dapat memudahkan cara penghasilan sesuatu karya dengan
kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat jika dapat mengendalikan
penggunaan ICT dengan cekap.
vi Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang lebih mudah, pantas dan berkesan.
Tahap
perkembangan kreativiti oleh Viktor Lowenfeld dalam penghasilan
karya empat bidang kegiatan PSV KBSR menggunakan
perisian komputer.
1. Kepekaan (sensitivity)
- Mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap segala aspek dan
situasi. Termasuk mengenai keperluan-keperluan kehidupan manusia,
persekitaran dan pancaindera.
2. Fleksibiliti (Fleksibility)
- Berkeupayaan
menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi dan perubahan.
- Berkeyakinan pada diri sediri dan menerima
serta menghadapi masalah sebagai satu cabaran dan peluang.
3. Keaslian (originality)
- Berfikir dan bertindak berlainan
dari kelaziman dan kebiasaan.
- Melihat kemungkinan baru dan
mempunyai daya khayalan imaginasi
4. Keterbukaan , kebebasan dan kelancaran (fluency)
- Berkeupayaan melahirkan
idea dan pendapat tentang perkara yang akan dilakukan serta dapat mengaitkan
dengan kemungkinan yang akan berlaku secara bersepadu.
5. Keupayaan menganalisa
- Berkeupayaan menganalisa dan
mencerakin tentang apa yang dilihat, dirasa dan disentuh, dialami dan dihidu secara
terperinci daripada sesuatu yang bersifat umum.
6. Keupayaan membuat
sintesis
- Berkeupayaan membawa unsur-unsur atau era/dimensi baru
yang bermakna.
- Melihat
sesuatu secara global
Langkah dan proses mengikut urutan dalam penghasilan rekabentuk poster yang menggandungi elemen
multimedia menggunakan sumber ICT dan
komputer.
i.
Menentukan tema dan tajuk –
mengumpul maklumat yang berkaitan dengan tema serta membuat kajian idea dengan
melayari internet.
ii.
Memilih perisian yang
bersesuaian seperti microsoft word, paint, adobe photoshop, adobe illustrator,
corel draw dan lain-lain perisian.
iii.
Memilih elemen multimedia teks (jenis fon, saiz dan
gaya) dan imej grafik atau gambar visual
yang sesuai berdasarkan tema. Membuat pengubah suaian teks dan imej grafik
dengan memasukkan kesan-kesan khas terhadap elemen tersebut.
iv.
Menyusun atur teks dan imej
grafik dalam reka letak yang sesuai serta menentukan latar belakang poster.
v. Mencetak mengikut saiz poster sambil menetapkan resolusi warna untuk mendapatkan hasil poster yang menarik.
Proses dan kaedah melihat seni yang
boleh diaplikasikan.
(i)
Kaedah Hedonistik
·
Cara
melihat jenis ini akan membawa kepada penyataan mengenai nilai suka, gemar,
menarik, benci dan sebagainya. “Saya suka corak tersebut…………….”
·
Penyataan spontan terhadap sesuatu karya.
(ii)
Kaedah
Kontekstualistik
·
Penyataan merujuk kepada sesuatu aspek
·
Cara melihat jenis ini menumpukan hubungan karya dengan
aktiviti dan aspek tertentu. Juga hubungan seni dengan pemerhati. “Dalam
konteks susunan grid dalam corak...........”
(iii)
Kaedah
Organistik
· Cara melihat jenis ini lebih menumpukan kepada aspek
formal penghasilan seni. “ Olahannya begitu harmoni, dinamis dan ……………”
Contoh persembahan
multimedia yang menggunakan elemen audio.
i.
Dokumentari- Persembahan info
ii.
Iklan- Tayangan Promosi, penerangan maklumat, informasi
iii.
BBM P&P- Membantu keberkesanan P&P (Powerpoint,
video dll)
iv.
Video Interaktif- Bahan multimedia yang bersifat dua
hala.
v.
Tayangan hiburan- Persembahan drama, teater dan nyanyian.
tq...boleh wat ulangkaji
ReplyDeleteEn zag x de ka contoh2 soalan ?
ReplyDeleteterima kasih en z.. sangat membantu dalam menyiapkan tugaan pertama psv 3109
ReplyDelete