Friday 25 April 2014

Multimedia Kreatif

Multimedia Kreatif
Pengenalan:
Merupakan satu teknologi yg boleh mengintergrasikan pelbagai media untuk membentuk satu aplikasi/persembahan yang lengkap.
Perkataan Multimedia membawa maksud berkomunikasi dalam cara yang berbeza.
Perkataan multimedia berdasarkan dua perkataan utama iaitu multi dan media/medium.
MULTI bermaksud banyak, pelbagai iaitu menandakan terdapat lebih daripada satu media yang wujud dalam sesuatu aplikasi.
MEDIA merujuk kepada alat atau perantara untuk menyampaikan atau mempersembahkan sesuatu maklumat  seperti teks, grafik, audio, video dan animasi.
Secara amnya multimedia merupakan komunikasi lebih daripada satu perantara/cara.

Definisi MULTIMEDIA
Jacquetta Megarry (1990)
Multimedia ialah hipermedia yang berkeupayaan hiperteks iaitu penekanan diberi kepada cara-cara menggabung, menyunting, melaras bunyi, grafik, gambar bergerak, teks dan perisian komputer  dengan penggunaan tetikus
Waterworth (1992)
Multimedia ialah pesepaduan bunyi, muzik, animasi, teks, suara, video dan grafik yang dihasilkan oleh teknologi berasaskan komputer.
Rosenberg (1993)
Multimedia sbg gabungan imej statik, bunyi ,grafik, hiperteks dan video yg digunakan selaras dgn teknologi komputer. Ia juga ialah satu kumpulan ahliteknologi merekacipta sesuatu untuk menarik perhatian dan memuaskan hati mereka sesama sendiri.
Gayeski (1993)
Multimedia sbg satu kumpulan media berasaskan komputer dan sistem komunikasi yg berperanan untk membina, menyimpan, menghantar, dan menerima informasi berasaskan teks, grafik, audio dsbnya.
Ron White (1996)
Multimedia sebagai paparan maklumat yg boleh berkomunikasi dgn bantuan beberapa alat tambahan khasnya dalam komputer seperti pemacu cekera padat, perakam suara, pembesar suara, kad audio dan beberapa perisian yg menggunakan cakera padat.
Halimah Badioze Zaman
Multimedia sbg kesepaduan di antara pelbagai media: teks, numerik, grafik, imej, video animasi dan suara dalam persekitaran digital, di samping mempunyai keupayaan interaktiviti bg membolehkan pengguna mencapai maklumat keperluannya tanpa mengikut urutan
ISO 14915 (2001)
Antaramuka pengguna yg mengintegrasikan dan menyeragamkan media (media statik spt teks, grafik dan media dinamik seperti audio, animasi dan video)
Wikipedia
Multimedia ialah penggunaan beberapa media yang berbeza untuk menyampaikan maklumat (teks, audio, grafik, animasi, video dan interaktiviti) .

Mengenalpasti Ciri-ciri Grafik

  1. Teks
         - Paling asas dan luas penggunaannya.
   - Sumber penyampaian maklumat utama.

  1. Grafik
         -  maklumat atau informasi yang disampaikan sama ada dalam bentuk tulisan, lukisan,                   lakaran atau gambar dalam bentuk 2D / 3D.
         -  Penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar                                 diterangkan oleh teks.
         -  Sumber penyampai maklumat yang amat berkesan kerana mesej yang diterima oleh                 penglihatan dapat diterima secara terperinci dan daya ingatan yang tinggi.

  1. Audio
          - Dapat menarik perhatian dan tumpuan penonton.
          - Maklumat yang kompleks dapat disampaikan secara berkesan.
          - Timbul keseronokan dan minat.

  1. Video
          - Mampu menyerupai keadaan sebenar dan mempunyai emosi

  1. Animasi
         - Gambaran pergerakan bagi sesuatu objek pegun atau statik persembahan yang lebih                dinamik serta menarik.

Sumbangan Grafik Dalam Kehidupan.
    1. Lebih menarik – dapat merangsang minat dan perhatian terhadap sesuatu aspek.
    2. Mesej dapat disampaikan dengan lebih cepat, jelas dan ringkas spt. “Mudah Terbakar”, “Merbahaya”, “Jimatkan Air”dan lain-lain.
    3. Membantu meningkatkan daya ingatan – teks dan gambar boleh membantu mengingat dengan lebih baik berbanding dengan teks sahaja.
    4. Maklumat dapat disampaikan secara tersusun dan mengikut urutan yang telah ditetapkan oleh penyampai.
    5. Dapat mewakili fakta-fakta dan idea dalam bentuk yang padat dan ringkas. Contoh: penggunaan grafik dalam poster, carta dan graf tidak memerlukan maklumat lisan yang banyak untuk memberi kefahaman kepada pelajar.
    6. Melahirkan manusia yang lebih kreatif dan inovatif.
Jenis-jenis Grafik
Grafik merujuk kepada pelbagai lukisan, ilustrasi, fotograf, rajah, carta, kartun dan sebagainya.       Fotograf (Gambar Foto)
  • Merupakan antara paparan imej yang paling menyamai keadaan sebenar.
  • Pita video warna, gambar berwarna mahupun foto hitam putih merupakan alat yang paling berkesan di dalam sesuatu komunikasi.
  •  Gambar foto atau fotograf berwarna juga memainkan peranan yang amat besar di dalam sesebuah persembahan dan boleh dijadikan latarbelakang bagi teks dan grafik.
Kartun
  • Sejenis lukisan yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri.
  • Kartun boleh merujuk kepada yang berunsur kemanusiaan, haiwan, objek dan sebagainya. Ia sesuai digunakan terutamanya sekiranya kumpulan sasaran adalah kanak-kanak atau remaja.
  • Kartun sering digunakan bagi menarik perhatian pengguna. Ia juga sering digunakan sebagai watak pengacara di dalam sesebuah aplikasi multimedia yang menbantu serta membimbing pengguna disepanjang perlajanan sesebuah  aplikasi.
     Diagram
  • Diagram merujuk kepada sejenis lukisan yang digunakan bagi melambangkan sesuatu sepertimana yang asal.
  • Contohnya diagram jantung mungkin mewakili seperti mana gambar jantung yang sebenar.
      Lukisan
- Merujuk kepada imej yang kurang realistik berbanding dengan fotograf.
- Namun demikian, ia banyak digunakan bagi menangani masalah ketiadaan fotograf bagi
  keadaan sebenar.
      - Ia boleh jadi lukisan yang mudah sehinggalah kepada lukisan yang abstrak.






No comments:

Post a Comment